Pro-Aspirasi kuasai kampus-kampus utama

Posted by Aspirasi UKMKL Wednesday, February 3, 2010

(Petikan dan editan dari Malaysiakini.com)... Suara Mahasiswa jelas kedengaran inginkan kesederhanaan dalam tindakan kecemerlangan dalam pendidikan

Kumpulan pro-Aspirasi (pro-A) menang lagi di tiga kampus utama dalam pilihan raya kampus universiti masing-masing.

Dalam keputusan yang diumumkan minggu lepas kumpulan tersebut menewaskan musuh tradisinya pro-Mahasiswa (pro-M) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Di UKM, pro-A memenangi 21 kerusi berbanding pro-M yang mendapat 14 kerusi. Universiti tersebut mempertandingkan 35 kerusi.

Di UTM, pro-A memenangi 28 kerusi manakala pro-M mendapat 18 kerusi. Bebas mendapat 5 kerusi. Keseluruhannya 51 kerusi dipertandingkan.

Sementara keputusan di USM pula, pro-A menang besar. Di kampus utamanya di Pulau Pinang, kumpulan tersebut menang bergaya dengan 31 kerusi.

Bebas berjaya mendapat 2 kerusi. Pro-M pula gagal mendapat sebarang kerusi.

Penguasaan berterusan pro-A

Keputusan kampus Kubang Kerian belum diperolehi setakat ini. Universiti berkenaan mempertandingkan 39 kerusi.

Keputusan terbaru tersebut melengkapkan penguasaan berterusan kumpulan pro-Aspirasi di kampus-kampus, melainkan di kubu kuat mereka di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Sebelum ini, pro-A turut menang tipis di Universiti Malaya (UM) apabila mendapat 21 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.

Pro-Mahasiswa tewas apabila mendapat 17 kerusi - kurang dua kerusi berbanding tahun lalu. Calon Bebas memperolehi 3 kerusi.

Tidak puas hati dengan keputusan tesebut, pro-M mengadakan demontrasi di universiti berkenaan malam tadi sejurus selepas keputusan tersebut diumumkan.

Di Universiti Putra Malaysia (UPM) pula, pro-A memperolehi 37 kerusi berbanding pro-M sebanyak 11 kerusi.

Pro-M hanya bertahan di UIA, UMT

Bagaimanapun kemenangan 7 daripada 11 calon kumpulan pro-M dibatalkan kerana didapati berkempen secara berkumpulan menggunakan laman sosial Facebook.

Selain di UIA, pro-M hanya menang di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Di pusat pengajian tersebut, pro-M menang 11 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. Manakala pro-A hanya mendapat 1 kerusi sahaja.

Di UIA - satu-satunya kampus utama yang masih dikuasai pro-M - kumpulan itu mempertahankan kemenangan tipis dengan memperolehi 15 daripada 29 kerusi yang dipertandingkan.

Manakala pro-Aspirasi, bebas dan calon antarabangsa, masing-masing mendapat 14 kerusi.

Baki dua lagi kerusi - masing-masing satu di Fakulti Perubatan dan kerusi Antarabangsa di Kuantan - kosong ekoran tiada calon yang bertanding di situ.

0 comments

Post a Comment

ASPIRASI UKM KL

Aspirasi merupakan satu pertubuhan yang ditubuhkan di atas kesedaran Mahasiswa untuk terus mendokong Aspirasi Universiti. Membawa mahasiswa ke arah Kecemerlangan akademik dan sahsiah diri melalui semangat serta ideology yang dibawa selaras dengan Misi, Visi dan Matlamat Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pengumuman

Selamat menjalani peperiksaan pertengahan semester kepada semua Pelajar Kampus KL. Pastikan anda membawa semua barang yang berkaitan untuk peperiksaan seperti Kad Matrik, Pen, Pensil 2B, kalkulator dan pemadam. Semoga semua berjaya dalam peperiksaan