Syukur dan Terima Kasih atas Kemenangan Calon ASPIRASI UKM KL

Posted by Aspirasi UKMKL Monday, February 21, 2011 1 comments

alam perpaduan kepada semua warga UKM KL

Syukur alhamdulillah diucapkan atas kemenangan calon-calon ASPIRASI yang BERWIBAWA, TEGAS, SETIA dan BERMARUAH iaitu Saudari Zalikha (FGG), Saudara Hisyam (FSKB 1/2) dan Saudari Umi Nazira (FSKB 3/4) diatas kemenangan dalam pilihanraya kampus UKM KL. Kepada saudara Ban Lim (FFARM) dan saudara Teva (FPer 1/2) kekalahan tipis bukan menjadi perkara yang mematahkan semangat tapi menunjukkan semangat perpaduan diantara semua calon ASPIRASI UKM KL yang benar-benar mempraktikan apa yang dikata terutamanya dari segi perpaduan, kesederhanaan dan kepimpinan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua calon yang telah turun untuk bertanding tidak dapat dilupakan juga kepada semua jentera ASPIRASI yang telah bekerja keras dan yang paling penting kepada semua pengundi yang telah mengundi kami. InsyaAllah amanah yang diberikan akan dipikul sebaiknya dengan kerjasama semua warga kampus KL. Terimakasih juga kepada penasihat-penasihat kami yang tidak putus-putus memberi semangat perjuangan dan sentiasa berani untuk berdiri dihadapan dan bersama-sama kami dalam menghadapi perbagai dugaan.

Selamat Mengundi kepada Semua Mahasiswa UKMKL

Posted by Aspirasi UKMKL Sunday, February 20, 2011 0 comments

salam perpaduan kepada semua
pihak ASPIRASI mengucapkan selamat mengundi kepada semua mahasiswa UKMKL, sila teliti tempat pengundian anda untuk memastikan anda dapat menunaikan tanggungjawap dalam memilih kepimpinan mahasiswa. Kami yakin mahasiswa UKM KL telah mempunyai kematangan dalam memilih bakal pemimpin kita di kampus kl.
Biarpun pelbagai provokasi dilakukan oleh pihak yang kononnya mewakili mahasiswa atas nama gaybungan mahasiswa seperti yang dapat disaksikan semasa turunnya calon umum aspirasi semalam, kekasaran yang dilakukan oleh penyokong gabungan terhadap mahasiwa/wi yang menyokong keterbukaan dan perpaduan yang digagaskan oleh pihak ASPIRASI (kami mempunyai bukti SMS permohonan maaf dari seorang bekas MPP GM diatas kekasaran yang dilakukan), tekanan yang dilakukan oleh pihak yang kononnya bersikap neutral namun pihak APSIRASI tetap tabah dan akan terus meneruskan perjuangan yang dihayati dan diyakini. Kita akan tetap dengan cara kita yang berhemah dan berwibawa, tenang dalam menerima tekanan dan provokasi, menerima dengan rasa hormat pandangan semua pihak serta meneruskan amalan perpaduan dalam kehidupan kita dikampus. ASPIRASI adalah citra mahasiswa UKM yang terdiri dari pelbagai latarbelakang dan terbukti dengan turunnya calon dari pelbagai latar belakang. Kita bukan sahaja bercakap kosong atau beretorik semata tetapi juga mempraktikan dan mengamalkan apa yang dikata. ASPIRASI juga tidak pernah menghalang mana-mana pihak dari menyuarakan pandangan mereka. Mudah-mudahan ASPIRASI akan terus diberikan kekuatan dan kemenangan dalam meneruskan perjuangan yang ikhlas ini.
Syukur kami ucapkan diatas kemenangan tanpa bertanding calon pergigian dan diharapkan ia akan menjadi permulaan kepada kejayaan yang lebih besar.

SALAM PERPADUAN SELAMAT MENGUNDI kepada semua warga kampus KL.

ASPIRASI tampilkan calon berhemah bersederhana berketerampilan

Posted by Aspirasi UKMKL Thursday, February 17, 2011 0 comments

bagi menghadapi pilihanraya kampus kali ini pihak ASPIRASI UKM KL telah memilih calon dari mahasiswa baru yang bertenaga dengan idea dan ASPIRASI baru berserta calon yang telah dikenali dengan hasil kerja berketerampilan dan berkeyakinan. Pengalaman organisasi calon ASPIRASI tidak dapat dinafikan lagi kerana ada yang telah berkhidmat sebagai JAKSA, pengarah program serta pemudahcara namun bagi mengimbangi kekuatan ini disertai dengan calon dari mahasiswa baru yang mempunyai semangat dan tenaga baru yang berkobar2 untuk membantu dan memperjuangkan suara mahasiswa.
Pihak ASPIRASI juga berasa amat KESAL dengan tindakan sebilangan kecil mahasiswa yang bertanding serta penyokongnya yang bersikap TAKBUR, RIAK, MENJERIT TAK TENTU HALA serta MENGANCAM calon dan penyokong lain. Kita menyeru agar semua yang bertanding serta penyokong bersikap rasional dan menghormati antara satu sama lain. ASPIRASI UKM KL akan membentangkan manifesto yang akan memperjuangkan kebajikan dan suara mahasiswa kampus KL dalam ruang yang aman dan pendekatan yang berhemah.
Terima kasih kepada pihak pentadbiran kolej yang memberi ruang kebebasan untuk semua calon bertanding bagaimanapun pihak ASPIRASI UKM KL juga berharap pihak JAKSA yang bertanggungjawap menguruskan sesi perucapan awam calon akan bersikap lebih telus, bersedia dan memberi maklumat yang sistematik. Kekeliruan maklumat yang disampaikan akan menyebabkan pelbagai telahan negatif dari pelbagai pihak. Bagaimanapun kami tetapi yakin bahawa barisan kepimpinan JAKSA adalah individu yang berwibawa dan adil serta jujur dan amanah dalam menjalankan tugas mereka.

ditengah kesibukan menghadapi pilihanraya pihak aspirasi dimaklumkan bahawa seorang sahabat kita iaitu saudari syafiqa awang baru sahaja selesai menjalani pembedahan di PPUKM. Beliau adalah pelajar pemakanan tahun 1. Pihak ASPIRASI mendoakan agar beliau cepat sembuh.

Sehubungan dengan itu pihak ASPIRASI akan melancarkan kutipan derma untuk beliau dengan bantuan dari MPP Zalikha Fakulti Pergigian dan saudara Noor Hisyam Saperi, Optomeri tahun 1. Sebarang bantuan bolehlah dihulurkan kepada wakil kita ini untuk disampaikan kepada saudari syafiqa

1ASPIRASI 1KAMPUS

TAHNIAH SAUDARI ZALIKHA

Posted by Aspirasi UKMKL 0 comments

Pihak ASPIRASI UKM KL mengucapkan tahniah kepada saudari zalikha yang juga merupakan bekas JAKSA KTSN diatas kemenangan tanpa bertanding beliau dalam pilihanraya kampus UKM di kerusi Fakulti Pergigian.
Semoga beliau akan terus bersemangat untuk memperjuangkan suara mahasiswa serta mempertahankan kebajikan mahasiswa.
Pihak ASPIRASI menyeru semua pihak yang bertanding agar bertanding dengan penuh semangat perpaduan dan toleransi tanpa menyekat atau menyakiti hati rakan lain. Kalah menang adat pertandingan tapi mahasiswa tau siapa calon terbaik yang menjadi pilihan mereka tanpa perlu menonjolkan aksi yang tidak selari dengan imej mahasiswa berintelektual dan berASPIRASI.
Pihak ASPIRASI merasa sedih apabila terdapat cubaan dari sebilangan kecil mahasiswa yang cuba menghalang calon atau penyokong calon dari terlibat dalam pilihanraya kampus ini atas alasan latarbelakang yang berbeza. Hak setiap orang perlulah dihormati dan kita tidak perlu takut dengan kekalahan sebaliknya menerima keputusan pilihan semua dengan hati yang terbuka.
SALAM ASPIRASI SALAM PERPADUAN

PENGESAHAN PEPERIKSAAN

Posted by Aspirasi UKMKL Sunday, February 13, 2011 0 comments

salam semua WARGA KTSN

sila buat pengesahan peperiksaan akhir semester mulai 14-20 Februari

terima kasih

1 ASPIRASI MENJANA TRANSFORMASI .... tahniah kepada semua AJK dan peserta FIESTA SINERGI INTELEK sama ada dibawah Generasi Hebat, Bicara Siswi dan Garden of Eden kerana berjaya mengjalankan program yang amat bermakna dan memberi manafaat kepada semua. Kehadiran peserta yang menggalakkan menunjukkan kemampuan dan kebolehan mahasiswa/wi KTSN dalam menjayakan program yang hebat dan gemilang. Kata-kata pujian dari Wakil Kementerian Pengajian Tinggi dan YB Datuk Maznah, TImbalan Menteri Sumber Manusia menjadi bukti kecemerlangan program yang diadakan.. go KTSN go... semua AJK dan peserta bukan sahaja menyertai satu program yang hebat tetapi juga mendapat kemahiran insaniah yang diperlukan dalam usaha memantapkan diri kita menghadapi cabaran masa depan.. tidak lupa terima kasih kepada Timbalan Pengetua dan Felo yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada kami semua.. mudah-mudahan usaha dan budi kalian akan diberkati dan dirahmati Illahi.. biarpun ada sedikit kata-kata sinis yang mencuit hati namun kelancaran dan kejayaan program membukti bahawa keterbukaan dan perpaduan merupakan asas keharmonian... sekiranya kita bersatu hati berpadu tenaga segala tugasan sama ada ringan mahupun berat boleh dijalankan dengan baik..
ASPIRASI UNIVERSITI ASPIRASI BERSAMA

ASPIRASI UKM KL

Aspirasi merupakan satu pertubuhan yang ditubuhkan di atas kesedaran Mahasiswa untuk terus mendokong Aspirasi Universiti. Membawa mahasiswa ke arah Kecemerlangan akademik dan sahsiah diri melalui semangat serta ideology yang dibawa selaras dengan Misi, Visi dan Matlamat Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pengumuman

Selamat menjalani peperiksaan pertengahan semester kepada semua Pelajar Kampus KL. Pastikan anda membawa semua barang yang berkaitan untuk peperiksaan seperti Kad Matrik, Pen, Pensil 2B, kalkulator dan pemadam. Semoga semua berjaya dalam peperiksaan