Syukur dan Terima Kasih atas Kemenangan Calon ASPIRASI UKM KL

Posted by Aspirasi UKMKL Monday, February 21, 2011 1 comments

alam perpaduan kepada semua warga UKM KL

Syukur alhamdulillah diucapkan atas kemenangan calon-calon ASPIRASI yang BERWIBAWA, TEGAS, SETIA dan BERMARUAH iaitu Saudari Zalikha (FGG), Saudara Hisyam (FSKB 1/2) dan Saudari Umi Nazira (FSKB 3/4) diatas kemenangan dalam pilihanraya kampus UKM KL. Kepada saudara Ban Lim (FFARM) dan saudara Teva (FPer 1/2) kekalahan tipis bukan menjadi perkara yang mematahkan semangat tapi menunjukkan semangat perpaduan diantara semua calon ASPIRASI UKM KL yang benar-benar mempraktikan apa yang dikata terutamanya dari segi perpaduan, kesederhanaan dan kepimpinan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua calon yang telah turun untuk bertanding tidak dapat dilupakan juga kepada semua jentera ASPIRASI yang telah bekerja keras dan yang paling penting kepada semua pengundi yang telah mengundi kami. InsyaAllah amanah yang diberikan akan dipikul sebaiknya dengan kerjasama semua warga kampus KL. Terimakasih juga kepada penasihat-penasihat kami yang tidak putus-putus memberi semangat perjuangan dan sentiasa berani untuk berdiri dihadapan dan bersama-sama kami dalam menghadapi perbagai dugaan.

Selamat Mengundi kepada Semua Mahasiswa UKMKL

Posted by Aspirasi UKMKL Sunday, February 20, 2011 0 comments

salam perpaduan kepada semua
pihak ASPIRASI mengucapkan selamat mengundi kepada semua mahasiswa UKMKL, sila teliti tempat pengundian anda untuk memastikan anda dapat menunaikan tanggungjawap dalam memilih kepimpinan mahasiswa. Kami yakin mahasiswa UKM KL telah mempunyai kematangan dalam memilih bakal pemimpin kita di kampus kl.
Biarpun pelbagai provokasi dilakukan oleh pihak yang kononnya mewakili mahasiswa atas nama gaybungan mahasiswa seperti yang dapat disaksikan semasa turunnya calon umum aspirasi semalam, kekasaran yang dilakukan oleh penyokong gabungan terhadap mahasiwa/wi yang menyokong keterbukaan dan perpaduan yang digagaskan oleh pihak ASPIRASI (kami mempunyai bukti SMS permohonan maaf dari seorang bekas MPP GM diatas kekasaran yang dilakukan), tekanan yang dilakukan oleh pihak yang kononnya bersikap neutral namun pihak APSIRASI tetap tabah dan akan terus meneruskan perjuangan yang dihayati dan diyakini. Kita akan tetap dengan cara kita yang berhemah dan berwibawa, tenang dalam menerima tekanan dan provokasi, menerima dengan rasa hormat pandangan semua pihak serta meneruskan amalan perpaduan dalam kehidupan kita dikampus. ASPIRASI adalah citra mahasiswa UKM yang terdiri dari pelbagai latarbelakang dan terbukti dengan turunnya calon dari pelbagai latar belakang. Kita bukan sahaja bercakap kosong atau beretorik semata tetapi juga mempraktikan dan mengamalkan apa yang dikata. ASPIRASI juga tidak pernah menghalang mana-mana pihak dari menyuarakan pandangan mereka. Mudah-mudahan ASPIRASI akan terus diberikan kekuatan dan kemenangan dalam meneruskan perjuangan yang ikhlas ini.
Syukur kami ucapkan diatas kemenangan tanpa bertanding calon pergigian dan diharapkan ia akan menjadi permulaan kepada kejayaan yang lebih besar.

SALAM PERPADUAN SELAMAT MENGUNDI kepada semua warga kampus KL.

ASPIRASI tampilkan calon berhemah bersederhana berketerampilan

Posted by Aspirasi UKMKL Thursday, February 17, 2011 0 comments

bagi menghadapi pilihanraya kampus kali ini pihak ASPIRASI UKM KL telah memilih calon dari mahasiswa baru yang bertenaga dengan idea dan ASPIRASI baru berserta calon yang telah dikenali dengan hasil kerja berketerampilan dan berkeyakinan. Pengalaman organisasi calon ASPIRASI tidak dapat dinafikan lagi kerana ada yang telah berkhidmat sebagai JAKSA, pengarah program serta pemudahcara namun bagi mengimbangi kekuatan ini disertai dengan calon dari mahasiswa baru yang mempunyai semangat dan tenaga baru yang berkobar2 untuk membantu dan memperjuangkan suara mahasiswa.
Pihak ASPIRASI juga berasa amat KESAL dengan tindakan sebilangan kecil mahasiswa yang bertanding serta penyokongnya yang bersikap TAKBUR, RIAK, MENJERIT TAK TENTU HALA serta MENGANCAM calon dan penyokong lain. Kita menyeru agar semua yang bertanding serta penyokong bersikap rasional dan menghormati antara satu sama lain. ASPIRASI UKM KL akan membentangkan manifesto yang akan memperjuangkan kebajikan dan suara mahasiswa kampus KL dalam ruang yang aman dan pendekatan yang berhemah.
Terima kasih kepada pihak pentadbiran kolej yang memberi ruang kebebasan untuk semua calon bertanding bagaimanapun pihak ASPIRASI UKM KL juga berharap pihak JAKSA yang bertanggungjawap menguruskan sesi perucapan awam calon akan bersikap lebih telus, bersedia dan memberi maklumat yang sistematik. Kekeliruan maklumat yang disampaikan akan menyebabkan pelbagai telahan negatif dari pelbagai pihak. Bagaimanapun kami tetapi yakin bahawa barisan kepimpinan JAKSA adalah individu yang berwibawa dan adil serta jujur dan amanah dalam menjalankan tugas mereka.

ditengah kesibukan menghadapi pilihanraya pihak aspirasi dimaklumkan bahawa seorang sahabat kita iaitu saudari syafiqa awang baru sahaja selesai menjalani pembedahan di PPUKM. Beliau adalah pelajar pemakanan tahun 1. Pihak ASPIRASI mendoakan agar beliau cepat sembuh.

Sehubungan dengan itu pihak ASPIRASI akan melancarkan kutipan derma untuk beliau dengan bantuan dari MPP Zalikha Fakulti Pergigian dan saudara Noor Hisyam Saperi, Optomeri tahun 1. Sebarang bantuan bolehlah dihulurkan kepada wakil kita ini untuk disampaikan kepada saudari syafiqa

1ASPIRASI 1KAMPUS

TAHNIAH SAUDARI ZALIKHA

Posted by Aspirasi UKMKL 0 comments

Pihak ASPIRASI UKM KL mengucapkan tahniah kepada saudari zalikha yang juga merupakan bekas JAKSA KTSN diatas kemenangan tanpa bertanding beliau dalam pilihanraya kampus UKM di kerusi Fakulti Pergigian.
Semoga beliau akan terus bersemangat untuk memperjuangkan suara mahasiswa serta mempertahankan kebajikan mahasiswa.
Pihak ASPIRASI menyeru semua pihak yang bertanding agar bertanding dengan penuh semangat perpaduan dan toleransi tanpa menyekat atau menyakiti hati rakan lain. Kalah menang adat pertandingan tapi mahasiswa tau siapa calon terbaik yang menjadi pilihan mereka tanpa perlu menonjolkan aksi yang tidak selari dengan imej mahasiswa berintelektual dan berASPIRASI.
Pihak ASPIRASI merasa sedih apabila terdapat cubaan dari sebilangan kecil mahasiswa yang cuba menghalang calon atau penyokong calon dari terlibat dalam pilihanraya kampus ini atas alasan latarbelakang yang berbeza. Hak setiap orang perlulah dihormati dan kita tidak perlu takut dengan kekalahan sebaliknya menerima keputusan pilihan semua dengan hati yang terbuka.
SALAM ASPIRASI SALAM PERPADUAN

PENGESAHAN PEPERIKSAAN

Posted by Aspirasi UKMKL Sunday, February 13, 2011 0 comments

salam semua WARGA KTSN

sila buat pengesahan peperiksaan akhir semester mulai 14-20 Februari

terima kasih

1 ASPIRASI MENJANA TRANSFORMASI .... tahniah kepada semua AJK dan peserta FIESTA SINERGI INTELEK sama ada dibawah Generasi Hebat, Bicara Siswi dan Garden of Eden kerana berjaya mengjalankan program yang amat bermakna dan memberi manafaat kepada semua. Kehadiran peserta yang menggalakkan menunjukkan kemampuan dan kebolehan mahasiswa/wi KTSN dalam menjayakan program yang hebat dan gemilang. Kata-kata pujian dari Wakil Kementerian Pengajian Tinggi dan YB Datuk Maznah, TImbalan Menteri Sumber Manusia menjadi bukti kecemerlangan program yang diadakan.. go KTSN go... semua AJK dan peserta bukan sahaja menyertai satu program yang hebat tetapi juga mendapat kemahiran insaniah yang diperlukan dalam usaha memantapkan diri kita menghadapi cabaran masa depan.. tidak lupa terima kasih kepada Timbalan Pengetua dan Felo yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada kami semua.. mudah-mudahan usaha dan budi kalian akan diberkati dan dirahmati Illahi.. biarpun ada sedikit kata-kata sinis yang mencuit hati namun kelancaran dan kejayaan program membukti bahawa keterbukaan dan perpaduan merupakan asas keharmonian... sekiranya kita bersatu hati berpadu tenaga segala tugasan sama ada ringan mahupun berat boleh dijalankan dengan baik..
ASPIRASI UNIVERSITI ASPIRASI BERSAMA

Kebajikan Pelajar Keutamaan Kami

Posted by Aspirasi UKMKL Wednesday, February 9, 2011 0 comments

Kebajikan mahasiswa merupakan hasrat dan matlmat asas perjuangan ASPIRASI UKM KL. Walaupun telah terdapat pelbagai peningkatan dari segi kemudahan, peluang dan keselamatan rakan mahasiswa namun masih ada ruang yang perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa.
Sebagai contoh masih tiada wujud mesin ATM yang berdekatan menyebabkan kesukaran kepada semua mahasiswa untuk melakukan urusan kewangan dan sekiranya ingin pergi ketempat yang ada ia agak jauh dan menimbulkan isu keselamatan. ASPIRASI UKM KL akan terus berusaha memperjuangkan keperluan ini yang penting dalam kehidupan kita.
Masalah gangguan air dan elektrik masih terus berlaku samada di KTSN1 atau di KTSN luar .. ini menimbulkan kerumitan kepada pelajar dan seterusnya memberi kesan kepada pembelajaran dan prestasi pelajar. Kami menyeru agar pihak pentadbiran sentiasa alert dan bersedia denagn masalah ini. Mungkin ada perlunya kolej mempunyai sistem generator khusus sebagai backup power supply.
Kami juga menuntut agar sistem wifi dan jaring di pertingkatkan berbaloi dengan bayaran yang kami keluarkan. Ia menunjukkan kelemahan yang amat ketara dari segi pihak service provider dan memberi kesan kepada persediaan pelajar dari segi akademik seperti pencarian maklumat berterusan komunikasi yang merupakan perkara penting dalam pembentukan kemahiran insaniah mahasiswa.
Akhir sekali kami berharap pihak pentadbiran dan universiti memperketatkan kawalan keluar masuk ke dalam kolej untuk mengelakkan kecurian dan menjaga keselamatan pelajar. Seringkali terlihat kelibat orang yang dicurigai tetapi mereka mendapat pelepasan dari pengawal yang bertugas. Ada baiknya sistem pemakaian kad matrik yang lebih jelas dan terbuka dikuatkuasakan agar hanya mereka yang sahih dan berniat jujur sahaja layak berada dikawasan kolej.
Kami akan sentiasa memberi sokongan dan bantuan kepada pihak pentadbiran dan mahasiswa dalam usaha untuk terus memperjuangkan dan mempertingkatkan KEBAJIKAN MAHASISWA KAMPUS KL.
1 ASPIRASI 1 KEBAJIKAN 1 KAMPUS

Peralatan Futsal di KTSN

Posted by Aspirasi UKMKL Monday, February 7, 2011 0 comments

alhamdulillah diatas usaha dan sokongan dari dr ruzita, dr rosli, felo umi, JAKSA sukan dan AJK futsal dan bantuan dari Pengarah Pusat Sukan yang baru, Dr Tajul KTSN akan berjaya mendapat peralatan futsal yang baru seperti tiang gol, bola dan lain-lain. Dengarnya tiang gol dah sampai.. marilah sama-sama kita gunakan peralatan ini dengan berhemah untuk meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan serta kecemerlangan sukan KTSN.

MAJULAH SUKAN UNTUK KTSN.

assalamualaikum,

disebalik kesibukan menghadapi peperiksaan diharap kepada semua rakan untuk sama-sama turun dan memeriahkan program kolej pada hujung minggu ini 12-13 Februari 2011 iaitu program Generasi Hebat (ada paintball, futsal, friesbies, sukan rakyat, larian sihat, konsert amal etc), Bicara Siswi (ada ikon gadis melayu, ceramah dari MARA, Agrobank, Usahawanita berjaya) dan Garden of Eden.
Tahniah kepada semua AJK yang terbabit yang telah bekerja keras walaupun ada halangan dan dugaan terutama dari golongan yang berhasad dengki tapi alhamdulillah program ini akan terus berjalan dan dilaksanakan demi memberi manfaat kepada semua warga KTSN.
Terima kasih juga kepada bonda pengetua dan semua pentadbiran dan felo yang telah memberi sokongan padu kepada program ini.

Oleh Mohd. Shauki Abd. Majid
Pengurus Penyelidikan Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia
Gagasan 1Malaysia yang cuba direalisasikan sebagai wadah utama pembangunan negara menuju tahap negara maju pada tahun 2020 adalah sesuatu yang bertepatan dengan kehendak Islam. Sifat kehidupan manusia yang diciptakan oleh Allah SWT secara berbeza keturunan, etnik, budaya dan latar belakang secara alami adalah cabaran yang wajib manusia laksanakan untuk mendekatkan diri antara satu sama lain.
Manusia perlu berkongsi aspirasi dan keperluan, dan sebahagian keperluan itu tidak terdapat dalam semua orang, maka dari situlah proses perkenalan, perundingan dan persefahaman menentukan arah yang perlu dilaksanakan. Hal ini adalah selaras dengan kandungan al-Quran yang menjadi pegangan dan keyakinan utama masyarakat Islam.
Terdapat beberapa ayat al-Quran yang menggambarkan unsur-unsur pluralisme, yang mana apabila kita mengkajinya secara teliti, ia memanglah mengharapkan akan terbentuknya hubungan antara manusia yang berbeza itu dalam satu bentuk kesatuan. Inilah lambang sebuah kehidupan yang harmoni dan bermakna dalam tamadun sejagat. Dalam hal ini Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Hujurat ayat 13.Ayat tersebut menjelaskan bahawa Allah SWT telah menciptakan makhluknya, laki-laki dan perempuan dan menciptakan manusia berbangsa-bangsa untuk menjalin hubungan yang baik. Umat Islam dituntut bukan sekadar menjalinkan hubungan, tetapi juga turut menyumbang persefahaman dan tindakan bersama.
Jadi jelas al-Quran memberikan kita alasan yang rasional penciptaan manusia dengan beragam bangsa, bahasa, suku dan budaya.
Dalam Surah Hud ayat 118 Allah berfirman yang bermaksud: “Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah ia menjadi umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.”
Kalau Tuhan mahu, dengan mudah sekali akan menciptakan manusia semua dalam satu kelompok, monolitik dan satu agama, tetapi Allah tidak menghendaki hal tersebut. Tuhan ingin memberi cabaran kepada manusia agar membina realiti kehidupan melalui perbezaan dan perkongsian dalam satu matlamat yang jelas, iaitu tata kehidupan sejahtera dan harmoni. Ini kehendak Tuhan. Atas dasar inilah orang berbicara tentang pluralisme.

Berbicara tentang pluralisme ertinya bukan satu, tetapi banyak. Dan banyak itu ertinya berbeza, kerana tidak ada yang sama. Maka kita haruslah menghargai pendapat orang lain, kerana dia berbeza dengan kita. Itulah yang kita inginkan di Malaysia ini, iaitu adanya hormat terhadap pendapat orang lain, dan inilah erti demokrasi.

Kita tidak memaksakan kehendak satu kelompok kepada kelompok yang lain. Tetapi kita saling berinteraksi dengan baik. Saling menghormati pendapat orang lain.

Demikian juga dikalangan Ahlil Kitab yang ada hubungan erat dari segi ideologi, tauhid atau monoteisme. Di dalam al-Quran dalam surah Al-’Ankabut ayat 46, mengharuskan kita berhubungan dengan baik terhadap mereka
Oleh sebab itu dalam al-Quran juga kita dapati bahawa kedamaian adalah salah satu tujuan dari kehidupan manusia di bumi ini. Kalau manusia sentiasa berbeza pendapat, maka sesungguhnya yang diinginkan Tuhan adalah perbezaan yang berkonotasi positif, bukan sebaliknya. Itulah sebabnya Tuhan menggunakan kata mukhtalifin (Qs Hud (11) : 118), yang dalam bahasa Arab bererti perbezaan yang berkonotasi positif.Tidak menggunakan kata shiqaq yang dalam bahasa Arab bererti perbezaan yang berkonotasikan negatif. Sehingga shiqaq juga biasa digunakan untuk hubungan yang tidak harmonis antara suami isteri.
Jadi perbezaan pendapat yang membawa kepada pertikaian itulah yang dinamakan shiqaq, sedangkan khilaf adalah perbezaan pendapat yang didasari atas saling hormat-menghormati.

Jadi jelas, nilai-nilai pluralisme dalam Islam terdapat dalam al-Quran. Kadang-kadang hanya kerana sikap fanatisme manusia yang membawa dia bukan kepada khilaf, tetapi kepada shiqaq. Bahkan realiti yang kita temukan dalam sejarah perkembangan peradaban kemanusiaan, banyak sekali perbezaan pendapat yang mengarahkan kepada pertikaian, pembunuhan dan salah faham yang merugikan diri sendiri.

Kita harus mengembangkan nilai-nilai pluralisme ini untuk menghormati pendapat orang lain dan tidak memaksakan pendapat kita kepada orang lain. Justeru orang lain juga memiliki keyakinan akan pendapatnya dan hal ini harus kita hormati. Oleh kerana itu dalam al- Quran jelas sekali disebutkan “la ikraha fid- din,” tidak ada pemaksaan dalam agama.Tidak boleh memaksakan kehendak kita terhadap orang lain. Berilah kebebasan orang lain untuk mengutarakan pendapatnya sebagaimana kita menginginkan kebebasan itu. Inilah inti keadilan.

Kita kembangkan budaya ini (inclusivisme), dan ini sesuai dan sejajar dengan saranan al-Quran. Mari kita sampaikan kepada saudara-saudara kita, apakah ia Muslim atau bukan Islam bahawa Islam pada hakikatnya sama sekali tidak ingin memaksakan pendapatnya kepada umat lain, dan sangat menghormati perbezaan – kerana itulah tujuan penciptaan Allah SWT terhadap kita semua.

GMUKM Parti Politik

Posted by Aspirasi UKMKL Sunday, February 6, 2011 0 comments

Salam kepada semua rakan mahasiswa

Terimakasih kepada naib canselor atas gagasan dan cadangan untuk menggabungkan semua mahasiswa dibawa satu kelompok atas nama UKM... pihak kami sentiasa mengalukan cadangan yang membawa kebaikan kepada mahasiswa tanpa mengira latarbelakang dan sebagainya.
Tapi yang terkilannya rupanya pihak GM UKM yang selama ini kononnya non partisan rupanya hanya berselindung dibalik slogan perpaduan dan perjuangan mahasiswa sebaliknya mempunyai agenda politik yang didokongi oleh pihak luar.. mereka dengan ANGKUH telah MENOLAK PERPADUAN demi kepentingan politik yang diagungkan
'Namun pemimpin-pemimpin 'front' GMUKM yang bersidang siang tadi telah sebulat suara menyatakan bahawa keberadaan GMUKM di dalam PRK bukan sekadar ingin memperoleh mandat dan memenangi kerusi-kerusi MPP, tetapi yang lebih diutamakan di sini adalah kepentingan dan peranan kita selaku mahasiswa mewujudkan fenomena persaingan politik yang sihat dan penerapan politik nilai seperti yang sebelum ini diwar-warkan'
jelas dari ayat yang manis umpama madu tapi mempunyai maksud berbisa umpama racun yang menunjukkan keinginan berpolitik yang melampau.
kami yakin bahawa perjuangan mahasiswa UKM adalah perjuangan untuk meneruskan kebajikan dan keharmonian tanpa mengira bangsa.. kita perlu duduk dengan harmoni dan aman makmur..setiap kaum dan bangsa boleh melakukan aktiviti mereka tanpa paksaan dan gangguan... kita bukan hanya berjanji dibibir sahaja tetapi melakukan secara praktikal..
fikirlaa wahai teman mahasiswa semua... sederap selangkah kita bersama PERJUANGAN MAHASIWA BERASPIRASI.. biar apa pun yang dikata kita bukan tunduk kepada 'front' tertentu yang menentukan halatuju kita ... bukannya tunduk kepada politik luar yang sempit tapi memperjuangkan aspirasi mahasiswa acuan mahasiswa sendiri..
ayuh rakan semua... buktikan kepada mereka bahawa kita adalah MAHASISWA BERASPIRASI untuk meningkatkan KECEMERLANGAN UNIVERSITI

assalamualaikum kepada semua warga ukm kl

Pihak ASPIRASI UKM KL mengucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar kampus kl yang bakal menduduki peperiksaan pertengahan semester. Mudah-mudahan dengan berkat usaha yang telah dilakukan serta restu dari ibu bapa dan doa serta keberkatan dari illahi kita semua akan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.

Salam perjuangan kepada semua..

ASPIRASI UKM KL

Aspirasi merupakan satu pertubuhan yang ditubuhkan di atas kesedaran Mahasiswa untuk terus mendokong Aspirasi Universiti. Membawa mahasiswa ke arah Kecemerlangan akademik dan sahsiah diri melalui semangat serta ideology yang dibawa selaras dengan Misi, Visi dan Matlamat Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pengumuman

Selamat menjalani peperiksaan pertengahan semester kepada semua Pelajar Kampus KL. Pastikan anda membawa semua barang yang berkaitan untuk peperiksaan seperti Kad Matrik, Pen, Pensil 2B, kalkulator dan pemadam. Semoga semua berjaya dalam peperiksaan