HX bakal dirombak

Posted by Aspirasi UKMKL Thursday, October 21, 2010 0 comments

alhamdulillah hasil dari saranan dan teguran oleh MPP ASPIRASI UKMKL .. pihak UKM sedang dalam proses untuk merombak semula program HX yang membebankan pelajar.

Diharap rombakan semula ini akan memberi ruang yang lebih luar dan jelas untuk pelajar melaksanakan program ko kurikulum tanpa membebankan pelajar.

Pihak PPP juga diharap dapat memberikan arahan dengan jelas dan tepat serta lebih awal agar semua tugasan dapat dilaksanakan dengan baik.

Kebajikan Pelajar Aspirasi Kami

Pengumuman Penting Kursus HX, HE dan HM

Posted by Aspirasi UKMKL Thursday, July 22, 2010 0 comments

salam perpaduan kepada semua

Perubahan kursus ko kurikulum pada semester ini menjadikan keadaan agak kelamkabut. Pihak ASPIRASI UKM KL telah cuba mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber termasuk pihak PPP, pihak Kampus KL dan tenaga pengajar HX, HE dan HM (En Helmi dan Dr Roslee)

Antara maklumat yang diperolehi :

a. HX akan diambil oleh semua pelajar tahun satu dan bagi KTSN program bermula pada hari Sabtu ini jam 7.00 pagi dengan pergerakan bas ke Bangi.

b. Pelajar HX akan diiringi oleh fasilitator yang terdiri dari PC MMP yang mengambil kursus HE.

c. Pelajar yang bukan PC MMP tapi mengambil kursus HE akan diberi taklimat tentang program yang perlu dilakukan. (PELAJAR HE YANG BUKAN PC MMP ATAU FASILITATOR HX TIDAK PERLU PERGI KE BANGI PADA HARI SABTU INI)

d. Pelajar yang mengambil HM kuliah akan diadakan pada 31 Julai 2010. Sila rujuk kepada jabatan anda jika ada perubahan.

sekiranya ada maklumat tambahan akan dimaklumkan dari masa kesemasa

SALAM ASPIRASI

SELAMAT DATANG KEPADA ADIK-ADIK TAHUN 1

Posted by Aspirasi UKMKL Tuesday, July 13, 2010 0 comments

salam kepada semua

khususnya kepada adik-adik tahun 1 yang telah memulakan pengajian di UKM Kampus Kuala Lumpur. Tahniah kerana berjaya mendapat tempat di fakulti-fakulti di Kampus Kuala Lumpur. Belajar lah bersungguh-sungguh demi memenuhi cita-cita sendiri, impian keluarga dan harapan bangsa dan negara. Disamping itu kumpulkanlah segala pengalaman sama ada akademik dan non akademik demi masa depan. Gunakan kesempatan yang terbaik ini untuk berguru dengan pensyarah yang berdedikasi.

Tinggalkanlah pandangan sempit yang hanya ingin memenuhi hasrat hati yang gundah gulana. Jangan diikuti perangai melampaui batas tanpa memikirkan masa depan orang lain. Jagalah nama baik universiti agar UKM akan terus berdiri megah dipersada global dan glokal.

Amat menyedihkan dimana ada senior berbaju ungu berperangai seumpanya monyet yang kemaruk bunga di tol dan stesen komuter. Ini merupakan segilintir kecil golongan yang kecewa dan kemaruk kuasa.

Yang penting adalah untuk mengejar ILMU yang berpusat di menara gading, meningkatkan IMAN agar diri kita terus mengikut perintahnya dan meninggalkan laranganya dan seterusnya berAMAL kepada masyarakat agar semua yang kita perolehi akan mendapat keberkatan dan dikembalikan kepada yang berhak.

SALAM PERJUANGAN SALAM 1 MALAYSIA SALAM ASPIRASI

Sokongan Kepada Pengetua dan Pentadbiran KTSN

Posted by Aspirasi UKMKL Friday, March 26, 2010 0 comments

pihak ASPIRASI UKM KL akan meneruskan dialong dan kerjasama dengan Bonda Pengetua dan Pentadbiran KTSN. Kami berharap segala usaha yang dilakukan dalam menjaga kebajikan pelajar akan diteruskan dan alhamdulillah selama ini Bonda Pengetua dan Pentadbiran memang bersedia untuk berjumpa dengan pihak pelajar dalam membincangkan isu-isu yang berkaitan.

Pelajar juga harus bersama-sama berganding bahu dalam menjaga kebajikan masing-masing. Sekiranya ada masalah atau ada sebarang isu harap segera dimajukan kepada pihak pentadbiran atau JAKSA atau Speaker PMUKM Saudara Muin dan EXCO PMUKM saudari Sakinah.

Kepada semua pelajar FSKB dan FARMASI yang akan mengadakan program khidmat masyarakat di Hulu Bernam, Pulau Pangkor dan Sentul diucapkan selamat menjalankan tanggungjawap dan amanah dengan baik.
InsyaAllah semua amal yang ikhalas ini akan mendapat keberkatan dan kita boleh mempraktiskan apa yang dipelajari di dalam dewan kuliah.
Semua pengalaman yang bakal diperolehi adalah pengalaman yang amat berharga dan amat berguna pada masa akan datang.

Selamat Tahun Baru Cina - Abdul Muin Speaker PMUKM

Posted by Aspirasi UKMKL Friday, February 12, 2010 0 comments

Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakan di seluruh negara. Semoga sambutan tahun ini akan meneruskan perpaduan dan keharmonian negara yang diharapkan.

Tahniah juga kepada Saudara Abdul Muin FSKB 1/2 yang telah dilantik sebagai SPEAKER PMUKM yang baru. Ini merupakan satu penghormatan kepada warga KTSN dan diharapkan saudara Muin dapat terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada warga KTSN khususnya dari segi kebajikan pelajar.

PANAS : Semasa pengundian PMUKM khabarnya ada wakil MPP GM UKM yang menyokong pencalonan wakil MPP ASPIRASI untuk jawatan PMUKM. Terimakasih diatas sokongan dalam diam. Ini membuktikan bahawa kewibawaan MPP ASPIRASI telah diterima oleh warga UKM termasuklah oleh pihak GM sendiri. Terimakasih.

UM polls declared proper, Penggerak (ASPIRASI) camp wins

Posted by Aspirasi UKMKL Thursday, February 4, 2010 0 comments

KUALA LUMPUR: The official results of Universiti Malaya’s (UM) campus election are finally in after a week of protracted uncertainties.
This comes after IT consultant Ng Hoong Ern, a final-year Computer Science student at Harvard University, declared the UM e-voting system foolproof: “As an electronic system, the e-voting system is reliable and secure.”
Engaged by the pro-Mahasiswa front which raised integrity concerns about e-voting, Ng found no obvious discrepancies with UM’s e-voting source code and confirmed that the flow of the system was smooth with no glitches.
The official results handed the Penggerak Mahasiswa, formerly known as pro-Aspirasi, camp the victory with 21 seats, compared with the 17 won by the pro-Mahasiswa front.
Three seats were won by independent candidates.
The Penggerak Mahasiswa candidates now have a week to form their student Cabinet.

KTSN bakal juara SUKEM sekali lagi

Posted by Aspirasi UKMKL Wednesday, February 3, 2010 0 comments

InsyaAllah sekiranya tiada aral melintang KTSN dibawah pimpinan JAKSA Sukan saudara MAWI yang bertungkus lumus membimbing kontijen KTSN bakal bergelar juara SUKEM sekali lagi... sehingga kini KTSN telah merangkul 22 pingat emas berbanding pencabar terdekat sebanyak 16 pingat emas... kini tinggal lagi 3 acara termasuk kawad kaki... diharap pasukan kawad kaki juga dapat mengekalkan kejuaraan kawad kaki sukem yang dimenangi tahun lepas..

Pelajar-pelajar KTSN juga dibawah pimpinan saudara MAWI telah memenangi pelbagai hadiah sempena larian 1Malaysia di UKM Bangi.

Tahniah diucapkan kepada semua warga KTSN... 8hb Februari 8pm bertempat di Stadium UKM Bangi akan berlangsung acara penutup SUKEM kali ini.

MAJULAH SUKAN UNTUK KTSN

Pesta Ang Pow KTSN yang selesai dijalakan pada 30hb lepas mendapat sambutan hangat dari semua pelajar KTSN dan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Tetamu yang hadir terdiri dari Wakil Timbalan Menteri Belia dan Sukan, TNC HEPA, Pengarah PPP, pentadbiran kolej, felo, JAKSA, PMUKM ASPIRASI serta pelajar dari pelbagai latarbelakang dan bangsa terpesona dengan persembahan yang diadakan terutamanya tarian singa walaupun ada ketika terkejut apabila singa jatuh dari tiang ..tetapi bangkit semula untuk meneruskan persembahan hingga tamat. Semangat ini yang perlu dicontohi seperi kata TNC kita yang dihormati Prof Dr Mohd Abdul Razak ... jatuh sedikit bukan beerti jatuh selamanya yang penting ialah bagaimana kita bangun semula dan belajar dari dugaan yang melanda... semangat perpaduan dan harmoni yang ditunjukkan oleh warga KTSN yang berbilang bangsa harus diteruskan dan dijadikkan contoh oleh pelajar lain. Gangguan yang dilakukan oleh sebilangan kecil pelajar yang tidak menghormati tetamu yang hadir seperti yang berlaku pada Pesta Ang Pow yang lepas perlu dihindari. Sesungguhnya sekiranya kita ingin dihormati kita perlulah terlebih dahulu menghormati orang lain.

Karnival UKM kecoh

Posted by Aspirasi UKMKL 0 comments


BANGI - Kemeriahan sambutan Karnival Kerjaya Kebangsaan 2008 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam, bertukar kecoh apabila sekumpulan kira-kira 200 pelajar bertindak melakukan demonstrasi menuntut pilihan raya kampus disegerakan selama hampir satu jam.

Kumpulan yang dianggotai Solidariti Mahasiswa Malaysia dan disertai oleh Gabungan Mahasiswa Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan UKM mahu menyerahkan memorandum kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Kekecohan itu kemudiannya memaksa campur tangan pihak polis mengawal keadaan tetapi kumpulan pelajar tersebut tetap tidak berganjak.

KUALA LUMPUR,3 Feb: Bantahan Pro-Mahasiswa (Pro-M) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terhadap penyelewengan yang berlaku dalam proses pilihanraya kampus (PRK) kampus tersebut minggu lalu ditolak dan keputusan tetap berpihak kepada Pro-Aspirasi.

Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UKM menolak semua bantahan yang dibuat Pro-M dengan alasan ianya tidak dibuat sewaktu hari pembuangan undi.

Jelas tiada sebarang bantahan bertulis yang dikemukakan oleh pihak Pro-M semasa hari pengundian seperti yang diminta dalam peraturan pilihanraya kampus UKM.

Antara bantahan remeh yang dikemukakan oleh ProM selepas hari pengundian adalah

a. Adanya pengundi yang memakai baju ASPIRASI untuk merayu undi --> berapa ramai yang memakai baju purple yang merupakan simbol proM semasa hari pengundian tetapi mereka tidak berani membantah kerana takut kerusi yang dimenangi akan hilang tapi cuma menjadikan alasan setelah kalah

b. Kolej hanya menyokong ASPIRASI untuk berkempen --> tidak pula dinyatakan bahawa banyak kolej yang membenarkan kempen kepada semua yang bertanding seperti di KTSN dan KTDI.. di UKM Bangi sendiri telah ada sudut Pidato Terbuka untuk pelajar berkempen

c. calon ASPIRASI berkempen secara berkumpulan tetapi bagaimana pula dengan calon GM yang terang2 berkempen secara berkumpulan khususnya dalam blog...di Kampus KL berterusan ada poster haram yang menunjukkan perkumpulan GM

ASPIRASI menyeru semua pelajar untuk menerima keputusan pihak universiti dengan hati yang terbuka dan tenang bagaimanapun kesal dengan tindakan segelintir kecil mahasiswa (tidak lebih 200 orang berbanding 16000 pelajar UKM) yang telah merusuh semata-mata kerana nafsu inginkan kemenangan yang telah dinafikan oleh suara mahasiswa sendiri. Tindakan mereka ini sesungguhnya telah merosakkan dan mencemar imej pelajar UKM.

Pilihan raya kampus (PRK) Universiti Malaya (UM) tidak akan diadakan semula dan keputusan pada Khamis lalu kekal, demikian diumumkan oleh naib canselornya, Prof Datuk Ghauth Jasmon, sebentar tadi.
Menurut beliau, sehubungan itu Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) akan dibentuk kabinetnya dalam tempoh seminggu ini.
Katanya, siasatan yang dijalankan oleh perunding yang dilantik oleh pihak universiti dan juga perwakilan pelajar mendapati tidak ada masalah dengan sistem pengundian berkomputer (e-undi).
"E-undi tak ada masalah. Kedua-dua konsultan yang dilantik daripada pelajar dan pihak universiti kata tak ada masalah.
"Harvard yang menggunakan e-voting juga tidak ada masalah," katanya.
Menurut Ghauth lagi, semua bantahan yang dikemukakan oleh pelajar tidak memberi kesan kepada keputusan pengundian.
Bagaimanapun, pihak universiti akan terus membuat pemantauan bagi penambah-baikan sistem tersebut dalam pilihan raya akan datang.
Dengan pengumuman itu, kumpulan pro-Aspirasi kekal menguasai UM dengan memperolehi 21 kerusi.
Pihak pro-Mahasiswa (pro-M) pula mendapati 17 kerusi manakala calon bebas mendapat tiga kerusi. Dua daripada tiga calon berkenaan kemudiannya menyatakan sokongan kepada kumpulan pro-A.

Merit Pelajar Perubatan KTSN

Posted by Aspirasi UKMKL 0 comments

alhamdulillah dialog bersama pentadbiran, pelajr perubatan PERSIAP dan JAKSA telah selamat diadakan semalam. Terungkai segala kesimpulan dan terang segala kelabuan. Nampaknya ramai antara kita yg terkeliru dengan pelbagai berita yang tidak tepat. Antara intipati dialong :
a. Merit pelajar perubatan dikira antara aktiviti kolej, PERSIAP dan AMSA
b. Pelajar perubatan hanya bersaing sesama kita sendiri untuk tinggal di K1. Tetapi semua pelajar akan mendapat tempat penginapan, yang membezakan adalah keaktifan masing2. Sekiranya ingin duduk di K1 maka perlu aktif untuk mendapatkan merit yang lebih jika tidak aktif maka masih berpeluang duduk di KTSN tetapi selain dari K1.
c. Keselamatan dan Kebajikan menjadi keutamaan pentadbiran dan JAKSA anda boleh terus menghubungi pengetua atau timbalan jika ada masalah.
d. Pelajar ditempatkan dengan pelbagai fakulti untuk membolehkan komunikasi dan integrasi bersama rakan yang lain tetapi pihak pentadbiran akan memastikan bilangan yang tinggal disetiap blok tidak terlalu kecil untuk menjaga keselamatan penghuni.

Pihak ASPIRASI UKM KL mengucapkan terima kasih diatas keterbukaan pentadbiran dan JAKSA dalam menangani persoalan merit pelajar perubatan ini. Diharap semua pelajar juga alert dengan notis yang sentiasa dipamerkan oleh JAKSA dan pentadbiran Kolej.

Pihak ASPIRASI UKM KL mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi UKM KL yang telah menunaikan tanggungjawap masing-masing dalam pilihanraya yang lepas. Diharap semua telah berpuas hati dengan pilihan masing-masing. Memetik katan TNC HEPA yang menang adalah semua mahasiswa, universiti dan sistem demokrasi. Adalah diharapkan juga agar semua pelajar menghormati pilihan setiap rakan anda agar pilihan kita juga dihormati. Hindarkanlah sifat negatif yang membawa keburukkan seperti boikot memboikot dan mengejek rakan yang lain. Sesungguhnya siapalah kita didunia Allah yang maha kecil ini. Lebihkan ibadat dan taqwa kerana ia kekuatan kepada ummah. Kepada saudara Abdul Muin dan Nasiha Sakina tahniah kami ucapkan dan jalankan amanah yang diberikan dengan penuh rasa tanggungjawap. Mohd Faidhi, Firdaus dan Chuah Ban Lim tahniah kerana berani berdiri atas kebenaran biarpun banyak dugaan dan halangan. InsyaAllah kalian masih lagi mempunyai ruang untuk berbakti kepada masyarakat kampus biarpun tanpa jawatan.

Kepada semua pelajar UKM Kampus KL yang akan menghadapi peperiksaan pertengahan semester tidak lama lagi ... pihak ASPIRASI UKM KL mengucapkan selamat berjaya dan mudah-mudahan mendapat keputusan yang cemerlang...InsyaAllah dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang akan meningkatkan peluang yang lebih cerah dialam pekerjaan..

(Petikan dan editan dari Malaysiakini.com)... Suara Mahasiswa jelas kedengaran inginkan kesederhanaan dalam tindakan kecemerlangan dalam pendidikan

Kumpulan pro-Aspirasi (pro-A) menang lagi di tiga kampus utama dalam pilihan raya kampus universiti masing-masing.

Dalam keputusan yang diumumkan minggu lepas kumpulan tersebut menewaskan musuh tradisinya pro-Mahasiswa (pro-M) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Di UKM, pro-A memenangi 21 kerusi berbanding pro-M yang mendapat 14 kerusi. Universiti tersebut mempertandingkan 35 kerusi.

Di UTM, pro-A memenangi 28 kerusi manakala pro-M mendapat 18 kerusi. Bebas mendapat 5 kerusi. Keseluruhannya 51 kerusi dipertandingkan.

Sementara keputusan di USM pula, pro-A menang besar. Di kampus utamanya di Pulau Pinang, kumpulan tersebut menang bergaya dengan 31 kerusi.

Bebas berjaya mendapat 2 kerusi. Pro-M pula gagal mendapat sebarang kerusi.

Penguasaan berterusan pro-A

Keputusan kampus Kubang Kerian belum diperolehi setakat ini. Universiti berkenaan mempertandingkan 39 kerusi.

Keputusan terbaru tersebut melengkapkan penguasaan berterusan kumpulan pro-Aspirasi di kampus-kampus, melainkan di kubu kuat mereka di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Sebelum ini, pro-A turut menang tipis di Universiti Malaya (UM) apabila mendapat 21 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.

Pro-Mahasiswa tewas apabila mendapat 17 kerusi - kurang dua kerusi berbanding tahun lalu. Calon Bebas memperolehi 3 kerusi.

Tidak puas hati dengan keputusan tesebut, pro-M mengadakan demontrasi di universiti berkenaan malam tadi sejurus selepas keputusan tersebut diumumkan.

Di Universiti Putra Malaysia (UPM) pula, pro-A memperolehi 37 kerusi berbanding pro-M sebanyak 11 kerusi.

Pro-M hanya bertahan di UIA, UMT

Bagaimanapun kemenangan 7 daripada 11 calon kumpulan pro-M dibatalkan kerana didapati berkempen secara berkumpulan menggunakan laman sosial Facebook.

Selain di UIA, pro-M hanya menang di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Di pusat pengajian tersebut, pro-M menang 11 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. Manakala pro-A hanya mendapat 1 kerusi sahaja.

Di UIA - satu-satunya kampus utama yang masih dikuasai pro-M - kumpulan itu mempertahankan kemenangan tipis dengan memperolehi 15 daripada 29 kerusi yang dipertandingkan.

Manakala pro-Aspirasi, bebas dan calon antarabangsa, masing-masing mendapat 14 kerusi.

Baki dua lagi kerusi - masing-masing satu di Fakulti Perubatan dan kerusi Antarabangsa di Kuantan - kosong ekoran tiada calon yang bertanding di situ.

FOTO KENANGAN: AKTIVITI PMUKM 08/09

Posted by Aspirasi UKMKL Wednesday, January 27, 2010 0 comments










Ikrar PMUKM semasa majlis pelantikan













mesyuarat PMUKM bersama Naib Canselor & pihak pentadbiran UKM
melawat pelajar UKM yang diragut & ditikam di HKL













Nur Hamizah bt Othman, Pengerusi Exco Pembangunan Akademik PMUKM diundang sebagai ahli panel program bual bicara









Mohd Helmi b Yazid, Pengerusi Exco Kerohanian PMUKM semasa ditemuramah oleh wartawan Berita Harian








semasa program Bicara Wanita Siri 1: Isu & Hak Wanita Masakini kerjasama PMUKM & JAKSA KTSN





program Bicara Wanita Siri II: Bengkel Etiket Sosial, Imej & Ketrampilan Diri 2010




































































































MANIFESTO CALON UMUM ASPIRASI DI KTSN

Posted by Aspirasi UKMKL Tuesday, January 26, 2010 0 comments

Salam sejahtera, salam 1 Malaysia, salam 1 UKM, salam 1 ASPIRASI.


Terima kasih diucapkan kepada calon-calon umum ASPIRASI kerana telah memeriahkan lagi Malam Manifesto Calon PRK yang telah diadakan di DSG, KTSN. Isu kebajikan pelajar yang diperjuangkan sememangnya menyeluruh dan adil bagi semua warga mahasiswa/i.

Semangat dan kesungguhan calon-calon kita dalam mempertahan dan memperjuangkan kebajikan pelajar amat dibanggakan. Bukan hanya omongan kosong, bukan janji semata, tetapi kata-kata yang semestinya akan dikota.

Teruskan sokongan kepada calon-calon ASPIRASI.

"1 UKM, 1 ASPIRASI"

FORUM BICARA WANITA SIRI l: Hak dan Isu Wanita Masa Kini

Posted by Aspirasi UKMKL Sunday, January 24, 2010 0 comments

Program ini merupakan anjuran Jawatankuasa Siswa/i (JAKSA) Kolej Tun Syed Nasir, Biro Informasi & Penerbitan, dengan kerjasama saudara Mohd Helmi bin Yazid, Pengerusi Exco Kerohanian, Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM). Diadakan di Dewan Serbaguna Kolej Tun Syed Nasir, UKM kampus KL.




Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para mahasiswi terutamanya tentang hak-hak mereka menurut perundangan negara disamping meningkatkan kefahaman dan kesedaran mereka dalam cara untuk melindungi diri daripada bahaya yang tidak mengenal mangsa.


Forum ini telah dihadiri oleh tiga orang ahli panel yang mahir dalam bidang masing-masing. Panel yang terlibat ialah ACP Suguram Bibi Munshi Deen (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual/ Kanak-kanak, Jabatan Siasatan Jenayah PDRM), Prof. Madya Datin Noor Aziah Hj. Mohd Awal (Pensayarah Fakulti Undang-undang, UKM), dan Pn. Norsalina Salim (Penolong Pengarah Bahagian Perancangan Pembangunan Wanita).




AL-FATIHAH

Posted by Aspirasi UKMKL 0 comments


Salam takziah,
Seluruh Malaysia pastinya dikejutkan dengan berita kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail. Baginda yang mangkat pada jam 7.15, 22 Januari 2010 di Hospital Pakar Puteri meninggalkan takhta negeri Johor untuk diisi oleh Tunku Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar, putera sulung dari 10 orang adik beradik.

Sepanjang tiga dekad sumbangan baginda di tanah negeri Johor pastinya akan dikenang bukan sahaja oleh rakyat negeri Johor, malahan oleh rakyat Malaysia seluruhnya. Hal ini terbukti apabila Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa menteri kabinet telah memendekkan sesi lawatan di India untuk menghadiri upacara pengebumian baginda. Negeri Pahang juga turut melahirkan rasa sedih dengan kemangkatan baginda apabila mengisytiharkan tempoh berkabung selama tiga hari bermula 23 Januari 2010. Bahkan perlawanan bola sepak antara Negeri Sembilan dan Pahang turut ditangguhkan.

Inilah semangat perpaduan yang harus kita kekalkan di Malaysia. Semoga peristiwa kemangkatan baginda ini menjadi satu peringatan kepada seluruh rakyat Malaysia yang sekarang ini dibelenggu dengan pelbagai mihnah. Al-fatihah buat yang berbahagia sultan. Semoga Allah merahmati baginda.

Laporan PMUKM sesi 2008/2009

Posted by Aspirasi UKMKL 0 comments


PMUKM sesi 2008/2009 telah membawa beberapa isu yang timbul di Kampus Kuala Lumpur dan Kolej Tun Syed Nasir kepada pihak atasan agar tindakan segera dapat diambil. Di antaranya ialah:

1. Laporan 'survey' kafetaria UKM KL yang dihantar telah berjaya membawa kepada penubuhan Jawatankuasa pemantau kafetaria KKL dan KTSN bagi menjamin kualiti dan mutu kafetaria.

2. Penambahbaikan kemudahan-kemudahan di dewan-dewan kuliah serta surau telah pun mendapat perhatian yang serius daripada pihak atasan dan akan diberikan prioriti dalam peruntukan JPP bagi tahun 2010.

3. Kes kecurian yang berlaku di KKL terutamanya di sekitar kawasan Perpustakaan telah pun dilaporkan dan pihak Pustakawan dengan kerjasama Pihak Penolong Pendaftar KKL dan Unit Keselamatan KKL masih dalam proses perbincangan untuk memilih tempat yang sesuai mengikut spesifikasi keselamatan bagi meletakkan CCTV.

4. Lantaran kekurangan bilik bagi para pelajar bermesyuarat dan mengadakan perbincangan, permohonan penambahan bilik aktiviti pelajar di Kampus Kuala Lumpur beserta landskap dan keperluan bilik tersebut telah pun dibawa dalam mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Penambahan Ruang dan Pembinaan Bangunan, UKM.

5. Prioriti penambah baikan gelanggang squash KTSN 1 akan dipertimbangkan dalam budget UKM 2010.


“Aspirasi Sepakat Transformasi Gemilang”
Dilaporkan oleh,

AZMEER BIN ROSLY
Timbalan Speaker
PMUKM 08/09

NUR HAMIZAH BINTI OTHMAN
Pengerusi Exco Pembangunan Akademik
PMUKM 08/09

MOHD HELMI BIN YAZID
Pengerusi Exco Kerohanian
PMUKM 08/09

Artikel

Posted by Aspirasi UKMKL Thursday, January 21, 2010 0 comments

Borang JAKSA dan AJK Minggu Mesra Pelajar KTSN telah diedarkan oleh pentadbiran kolej. Kepada semua pelajar yang berminat harap dapatkan segera dari pejabat. Khabarnya borang AJK MMP telah dicetak semula setelah kehabisan. Sila dapatkan sebelum terlambat.

Tips

Posted by Aspirasi UKMKL 0 comments

Tips Pelajar Cemerlang oleh Dr Fadzilah Kamsah
(dipetik dari http://notakhairi.blogspot.com/2009/06/tips-pelajar-cemerlang-oleh-dr-fadzilah.html)

Antara tips pelajar cemerlang akan:
1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
a. kita ingat 10 % apa yang dibaca
b. kita ingat 20 % apa yang didengar
c. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
d. kita ingat 70 % apa yang dicakapkan
e. kita ingat 90 % setelah dipraktikkan

3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.

4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
a. pastikan cahaya adalah terang
b. kurangkan gangguan bunyi
c. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
d. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
e. kerusi dan meja menghadap kiblat
f. jangan lupa untuk senyum

6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.

7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

8. Tahu teknik merangsang memori:
a. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
b. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
c. mengingat kembali (recall)
d. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)

9. Sentiasa awal dan mendahului:
a. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
b. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
c. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.

10. Berbuat baik dengan guru

Ciri-ciri pelajar cemerlang:
1. taat kepada Allah
2. mendirikan sembahyang3
. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
4. hormati & sayangi guru
5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
7. membantu rakan yang memerlukan
8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
9. sentiasa bertawakal
10. mahir dalam setiap mata pelajaran

Hubungi Kami

Posted by Event Entertainment Thursday, January 14, 2010 0 comments

Hubungi ASPIRASI UKM KL di aspirasiukmkl2010[at]gmal.com

ASPIRASI UKM KL

Aspirasi merupakan satu pertubuhan yang ditubuhkan di atas kesedaran Mahasiswa untuk terus mendokong Aspirasi Universiti. Membawa mahasiswa ke arah Kecemerlangan akademik dan sahsiah diri melalui semangat serta ideology yang dibawa selaras dengan Misi, Visi dan Matlamat Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pengumuman

Selamat menjalani peperiksaan pertengahan semester kepada semua Pelajar Kampus KL. Pastikan anda membawa semua barang yang berkaitan untuk peperiksaan seperti Kad Matrik, Pen, Pensil 2B, kalkulator dan pemadam. Semoga semua berjaya dalam peperiksaan